Thursday, December 31, 2009

[ refresh] Luasnya neraka...Peringatan untuk aku

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! Sahabat semua…bacalah sampai habis.. sekejap jer.. tak sampai 5 minit..pun!!! Kalau yang pernah terbaca artikel ini – refresh sahaja.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’

Lalu nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:
‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua……Wallahua’lam.

Tuesday, December 29, 2009

Kejap je rasanya (sedikit perkongsian)

ish kejap je merupakan perkataan yang selalu kita cakapkan, betol tak?Kejap je dan nak masuk tahun 2010. aku rasa sume org rasa mcm tu kan. sbb ape kita sume rasa kejap je? sebab kita ni semakin jauh dgn Tuhan. kalau korang tak percaya meh sini aku kasi contoh:-

kalau kita semakin jauh dengan Tuhan

contoh2 situasi

ketika sedang enak melayan drama Nurkasih di TV3 dialog ni mungkin akan terkeluar " hadoi dah nak abis dah ke? kena tunggu lagi minggu depan...padahal dah sejam melangok depan tv, doa 5 minit pun dah terasa lama kan

ia sama juga kalau menonton EPL ketika Manchester United menentang Chelsea paling tak pon time tengok muvee rasa sekejap tu mesti akan diluahkan. korang tipu kalau korang cakap tak pernah rasa mcm tu. rasa sekejap tu akan timbul sebab benda yg kita buat tu membuatkan kita lalai dan melekakan

tapi mcmana pulak kalau kita buat sesuatu yang mendekatkan diri kita dengan Tuhan

contoh2 situasi

bulan puasa " lambat lagi ke bebuka ( padahal abes keja kul 5 sampai rumah kul 6 dan lagi sejam je nak kena tunggu untuk bebuka, tapi kalau tengok muvee atau bola 3 jam mcm tak cukup kan?)

kalau baca Yassin plak? emmm byk plak lagi mukasuratnya nak abes ni ( sebenarnya 15minit je nak abes baca surah Yassin tu)

Imam ni pulak baca surah panjang betul ( surah waqiah kalau baca dengan hafaz dan betul, ambil masa 5 minit je)

sebenarnya kita rasakan masa ni semakin cepat sebab kita, aku semakin jauh dengan Tuhan. Ampunkan dosa aku.
sedikit perkongsian dari Ismail Kamus

Tuesday, December 22, 2009

Ini sudah bagus


KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat

Sumber: Kosmo

Wednesday, December 16, 2009

Akhirnya MU kembali


Manchester United 3 - 0 Wolves

akhirnya mereka kembali semula tahniah dan syabas, walaupun aku tak dapat nak tengok game ni pagi tadi hehehe...MU kini berkongsi point dengan Chelsea tapi dibezakan dengan jumlah gol, dan aku pulak harap2 chelsea akan kalah atau seri game pagi ni
Thumb up kepada hero pagi tadi Rooney (30), Vidic (44), Valencia (66)

Tuesday, December 15, 2009

Hancur hatiku

hancur hariku
mengenang dikau
menjadi keping- keping
setelah kau pergi
tinggalkan kasih sayang
yang pernah singgah
antara kita
masihkah ada sayang itu...



(gambar googlelan)

lirik adalah tiada kaitan

lokasi kejadian: depan rumah
waktu kejadian: 2pm
tarikh: 14 dec 2009
suspek: jiran sebelah rumah
punca kejadian: reverse kereta tak perasan kereta aku
saksi kejadian: 3 orang juga jiran sebelah rumah aku
setelah pendengaran: keputusan dicapai. repair dan claim
perasaan: adalah sgt bersyukur dan lega.Alhamdulillah

Monday, December 14, 2009

Tewas lagi


Manchester United 0 - 1 Aston Villa

ya untuk kali yg ke empat MU tewas dalam persaingan liga perdana inggeris. dan kali ini tewas di gelanggang sendiri. gol villa hasil tandukan Agbonlahor (21) menjulang villa pada awal pagi ahad hari tu. oh pedih betul.
dan pada 2nd half villa hanya bertahan, ini kerana hampir kesemua pemainnya berada di kawasan pertahan bagi menghalang serangan. hasil usaha tidak berhasil dan kemenangan ini merupakan penantian villa semejak 1983 tidak pernah menang menentang MU


Friday, December 11, 2009

Mas Kahwin mas joko

Ya tuan2 dan puan2, ada berita yang menarik nak habaq mai...ya tu dia, kadar mas kahwin yang telah ditetapkan mengikut negeri2 di Malaysia

ok sedikit, sedikit fakta yang boleh kita sharing

sapa yang tak tau tu mas kahwin juga dipanggil sebagai Mahar ye tuan2 puan2. Mahar merupakan perkataan daripada bahasa arab tetapi di dalam Al-Quran pula istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-'aqd

dan menurut istilah syara' mahar ialah satu pemberian yg wajib oleh suami kepada isteri atas sebab pernikahan.

ia juga boleh berupa wang yg sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yg menurut hukum syara' dapat dinilai dgn wang

antara dalil yang mewajibkan mahar/mas kahwin firman Allah s.w.t dalam surah al- Nisa' ayat 4 maksudnya
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

ada yang murah dan ada yang mahai gaban...itu tak pa lah nak buat mcm mana mas kahwinkan dah wajib dalam Islam, mahal ke murah kita tetap kena bagi ok ingat tuh.

ok selesai. kalau wang hantaran pulak macam mana?


wang hantaran hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. kaum india dan cina aku tak pasti ada atau tak hantaran. Sedangkan tidak ada satu dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian WANG HANTARAN untuk pengantin wanita.bukan ke senang kalu masyarakat kita ikut mcm ni.

Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan majlis . Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.oh adatlah yang membebankan kita nak berkahwin dengan cepat

Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?dan semakin bertambah lagi lah dosa2 sesuatu pasangan tu, sapa nak tanggung?sila angkat tangan

Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa.

wang hantaran merupakan duit yang akan digunakan untuk belanja kenduri. yg mana bertujuan untuk memberitahu masyarakat yang pasangan ini telah bernikah bagi mengelakan fitnah tersebar. tapi hantaran yang melampau boleh melengahkan pernikahan. dan mungkin membawa kepada berhutang. ya berhutang dengan bank. sebab apa berhutang? sebab demand yg tinggi terhadap wang hantaran, maklumlah anak bongsu, penutup plak tu kena lah buat yang grand2 sikit.

Andai terpaksa berhutang pun, jangan sampai hutang itu makin membebankan pasangan di awal usia perkahwinan mereka.Berhutang di awal perkahwinan ini, hanyalah tanda permulaan buruk bagi rumahtangga yang baru dibina.

oleh itu, marilah kita ya tuan2 puan2 memudahkan urusan pernikahan ini kerana mendirikan masjid tu besar pahalanya. dan melengah2kannya menambahkan lagi dosa.

Ibu-ibu bapak-bapak Siapa yang punya anak Bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Pengumuman-pengumuman Siapa yang mau bantu Tolong aku kasihani aku Tolong carikan diriku kekasih hatiku Siapa yang mau

lelong lelong lelong cinta aku dijual untuk hari ini...motif?